Resipi Mee Rebus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini kami nak berkongsi resipi Mee Rebus. Sebenarnya, pelbagai jenis resipi kami cuba untuk mendapatkan rasa yang seiring dengan tekak.  Resipi ini adalah hasil dari lebih dari 3 cubaan memasak dan telah diperhebatkan lagi dengan resipi sendiri. Resipi ini adalah untuk 2 bungkus mee kuning dan dianggarkan untuk 8 hingga 10 orang makan. Silalah cuba resipi ini dan sekiranya ada komen yang ingin diberikan, bolehlah komen di bawah. 



Resipi untuk 8 hingga 10 orang

Bahan-bahan; 

2 bungkus Mee Kuning dicelur 
Minyak utk menumis

Bahan kisar;
5 ulas bawang putih 
1 biji Bawang besar 
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci

3 batang serai diketuk 
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar serbuk kari daging
½ kg daging/tetel rebus (simpan air rebusan)
4 biji keledek rebus dan kisar bersama air
Udang kering ½ cawan
1 cawan taucu dikisar
Garam gula serbuk perasa secukupnya

Bahan hiasan;
Tauhu goreng dipotong
Daun sup 
Daun bawang
Telur rebus
Cili hijau
Taugeh dicelur
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara memasak;

- Masukkan minyak
- Tumis bahan kisar dan serai sampai naik bau
- Masukkan cili kisar dan rempah kari dan didihkan
- Masukkan daging dengan air rebusan 2 cawan, keledek, udang kering dan taucu
- Biarkan kuah mendidih
- Kalau kuah pekat, boleh tambah air rebusan/air hingga ke kepekatan yang dimahukan
- Akhir sekali, masuk garam gula secukup rasa
- Letak mee, kuah, bahan hiasan dan Siap! 

Comments