Resipi Kek Red Velvet


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Siapa suka kek Red Velvet angkat tangan! Kami ada jual pelbagai jenis kek juga selain dari perencah Kak Sal. Kalau nak order boleh PM ok. Hari ini kami nak share resipi kek Red Velvet. Bolehlah cuba bagi sesiapa nak buat sendiri, manalah tahu sebenarnya anda ada bakat dan boleh buat bisnes satu hari nanti. InsyaAllah. 

                               
Bahan-bahan untuk kek;

250g tepung kek 
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
125g butter
300g gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250ml susu
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cuka

Bahan-bahan untuk topping kek;


250g cream cheese
250ml whipping cream
60g gula ising 
1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya;

- Campur tepung kek, serbuk koko dan garam. Ayak semua bahan dan ketepikan. 
  (campuran tepung)
- Dalam bekas lain, campurkan susu dengan pewarna merah dan ketepikan. (campuran 
  susu)
- Pukul butter dalam mixer sampai lembut. Masuk gula pukul sampai gebu. Selepas itu, 
  masukkan telur dan esen vanilla.
- Dalam mixer, masukkan campuran tepung dan campuran susu tadi secara bergiir-gilir. 
- Masukkan baking powder dan cuka dalam cawan, kacau dan masukkan dalam adunan 
  kek tadi. 
- Masukkan baking paper dalm bekas kek, tuang 3/4 adunan dalam bekas, bakar selama 1 
  jam 15 minit pada suhu 160. Proses pembakaran ni bergantung pada oven masing-
  masing, ada yang kena bakar lama sikit. 

Topping cream cheese;

kacau cream cheese sampai kembang. 
- Masuk gula ising dan esen vanilla.
- Masuk whipping cream dan pukul sampai kembang fluffy. 

Bila kek dah siap bakar dan disejukkan, letaklah topping ikut kreativiti masing-masing. Siap! Nak buat kek cawan pun boleh macam bawah ni. 






Comments